Saturday, 7 February 2026

Nun Sukun/Sakinah

Nun sukun/sakinah

Nun sakinah adalah huruf nun yg
1. Berharokat Sukun
2. Atau nun yg tidak berharakat (fathah/kasroh/dommah)
3. Berada di tengah atau akhir ayat



Tanwin
Tanwin adalah lambang nun sukun yg berada di akhir perkataan bagi kata nama/benda secara lafaz/bacaan shj. Sedangkan dlm tulisan tidak ada


Apa hukum apabila nun sukun/tanwin bertemu dgn huruf hijayiah ?
Wujud 4 hukum iaitu Izhar Halki,Ikhfa' Hakiki,Idgham bigunnah& bila gunnah, Iqlab

1. Izhar

Nun sukun/tanwin sebut dgn jelas tanpa dengung,tidak boleh memantul

> Izhar Halqi
Kenapa dipanggil Izhar Halqi? Sebab huruf dari tenggorok/halqi
Alif,Ha,Ain,Kha,Kho,Ghain

>izhar Mutlak
-Wau atau Ya dalam satu kalimah
-Ada 4 tempat dlm Al-Quran iaitu "add dun yaa", "bun yaa nun", "syin waa nun", "qin waa nun"



2. Idgham
Dari segi bahasa, memasukkan sesuatu kedlm sesuatu yg lain.

Menurut istilah, memasukkan huruf yg bersukun ke dlm huruf yg berharokat, sehingga menjadi satu huruf bertasydid

Huruf-huruf idgham : Ya, Ro, Mim, Lam, Wau, Nun
*Yarmaluna*

Terbahgi kpd 2 jenis :-

A)Idgham Bighunnah
Idgham (memasukkan) Bi ( dgn) Gunnah ( Dengungan)

Maksudnya kita akan masukkan
 Nun Sukun/Tanwin dlm huruf yg lain dgn menggunakan dengungan
Hurufnya ada 4 iaitu Ya, Nun, Mim, Wau
*yanmu*

Cara bacaan:
-Memasukkan bacaan Nun Sukun/Tanwin ke huruf berikutnya
-Menahan bacaan Nun Sukun/Tanwin dlm 2 harokat
-Gunnah


b) Idgham Bilaghunnah
Idgham (memasukkan) Bi (dgn) La (tidak) Gunnah (Dengungan)
Hurufnya Ro dan Lam

Cara bacaannya :-
-memasukkan Nun Sukun/Tanwin ke huruf berikutnya
-tanpa dengung/jangan menahan bacaan

3. Iqlab
Dari segi bahasa, merubah sesuatu dari bentuknya.

Dari segi istilah, perubahan bunyi Nun Sukun/Tanwin menjadi Mim yg tersembunyi, disertai dengungan

Hurufnya hanya "Ba"

Cara membaca:-
a. Mengubah bacaan  Nun Sukun/Tanwin menjadi Mim
b. Menggunakan pengucapan Mim yg disamarkan selama 2 harokat



4. Ikhfa Hakiki
Bahasa: sembunyi
Istilah: membunyikan sebutan Nun sakinah/Tanwin  antara sebutan Izhar & Idghom tanpa Tasydid (sabdu) beserta dengung  2 harakat pada huruf pertama
Ada 15 huruf

Dikatakan ikhfa bila.Nun Sukun/Tanwin bertemu dgn huruf2 ikhfa

Huruf ikhfa ada 15 
Cara membaca:
- menyamarkan bunyi Nun Sukun/Tanwin sambil memerhatikan bunyi dihadapannya
-denggungkan bunyi Nun Sukun/Tanwin
-menahan gunnah 2 harokat

Jenis ikhfa ada 3 iaitu:-
a)Ikhfa Akrab/dekat
Dekat dgn apa? Dgn huruf Nun
Huruf : Tho, Tha, Dal
Mengapa disebut dekat? Sebab makhraj ini dekat dgn makhraj Nun (macam sebut hurun N)

b)Ikhfa Ab'ad/jauh
Huruf : Qof, Kaf
macam bunyi "ngg.."

c) Ikhfa Ausath/tengah
Huruf: Tsa, Jim, Dzal, Dzai, Syin, Syim, Sorh, Dhod, dzor, Fa


No comments:

Post a Comment